TEKA SILANG KATA RAMADHAN

 

TARIKH

: 9 Mei 2019

MASA

: 3.00 petang – 5.00 petang

LOKASI

: Pusat Internet Taman Kesedar Jaya

PESERTA

: 8 orang

KELAS

: Permainan Pendidikan

 

Tujuan:

Program kali ini bertujuan untuk memberikan kefahaman tentang puasa kepada pelajar melalui kui silangkata. Selain itu, memupuk sikap berusaha bagi mencari setiap jawapan untuk menjawab soalan yang diberikan.

Aktiviti:

Setiap peserta yang sertai akan dibekalkan satu set soalan silangkata. Mereka perlu menjawab soalan tersebut bagi mengisi ruang dalam silang kata tersebut. Soalan terdiri daripada perkara yang berkaitan puasa.

 

Gambar Aktiviti Disini

 

__________________________________________________________________________________________________________________________

GOTONG ROYONG PRA-RAMADHAN

 

TARIKH

: 4 Mei 2019

MASA

: 8.00 pagi – 11.00 pagi

LOKASI

: Masjid Nur Iman, Taman Damar Jaya

PESERTA

: 30 orang

KELAS

: Gotong Royong Komuniti

 

Tujuan:

Program kali ini bagi mempersiapkan utiliti dan kelengkapan masjid bagi menyambut bulan Ramadhan yang akan tiba. Ianya juga bertujuan membersihkan beberapa kawasan awam yang menjadi tumpuan komuniti serta mendidik masyarakat untuk bersama jaga kebersihan.

Aktiviti:

Setiap peserta yang hadir dipecahkan kepada beberapa kumpulan bagi memudahkan urusan dan kerja yang bakal dijalankan. Mereka diagihkan tugasan yang berlaianan dan kawasan yang berbeza supaya kerja lebih teratur.

 

Gambar Aktiviti Disini

 

__________________________________________________________________________________________________________________________

 

LEARNING QUIZ

 

TARIKH

: 27 Apr 2019

MASA

: 3.00 petang - 5.00 petang

LOKASI

: PI Taman Kesedar Jaya

PESERTA

: 8 orang

KELAS

: Kuiz Pendidikan

 

Tujuan:

Aktiiviti kali ini adalah bertujuan untuk mendidik peserta membuat ulangkaji pelajaran melalui soalan kui yang menghiburkan. Pelbagai koleksi tajuk yang dipilih bagi memberikan pengetahuan kepada mereka.

Aktiviti:

Peserta akan diberikan beberapa pilihan tajuk yang bersesuaian dengan taraf pendidikan mereka. Mereka akan bersama menjawab soalan mengikut pengetahuan disamping bersaing sesama peserta yang lain.

 

Gambar Aktiviti Disini

 

__________________________________________________________________________________________________________________________

PERTANDINGAN PINGPONG TERTUTUP TAMAN DAMAR JAYA

 

TARIKH

: 3 Mei 2019

MASA

: 9.00 pagi - 12.00 tgh hari

LOKASI

: Dewan Taman Kesedar Jaya

PESERTA

: 24 orang

KELAS

: Pertandingan Sukan

 

Tujuan:

Aktiviti kali ini bertujuan untuk mencungkil bakat dan memupuk budaya bersukan dikalangan komuniti setempat. Selain itu, dapat mengeratkan hubungan silaturrahim sesama komuniti.

Aktiviti:

Peserta akan diundi untuk memilih pasangan regu mereka. Seterusnya ditempatkan dalam 2 kumpulan bagi menentuka pihak lawan. Format perlawanan dijalankan secara lliga dan 4 regu terbaik akan dipilih ke separuh akhir.

 

Gambar Aktiviti Disini

 

__________________________________________________________________________________________________________________________

PERTANDINGAN CHESS & BINGO

 

TARIKH

: 27 Apr 2019

MASA

: 10.00 pagi - 12.00 tengahari

LOKASI

: PI Taman Kesedar Jaya

PESERTA

: 6 orang

KELAS

: Permainan Pendidikan

 

Tujuan:

Aktiiviti dan pertandingan ringkas ini bermatlamat melatih peserta untuk menggunakan kemampuan IQ mereka bagi menyelesaikan masalah dan menghadapi lawan.

Aktiviti:

Peserta akan diberikan pecahan kumpulan, mengikut undian bagi menentukan giliran perlawanan. Mereka akan berlawan dan diambil jumlah mata bagi setiap perlawanan. Mata yang tertinggi dikira pemenang dan mendapat hadiah.

 

Gambar Aktiviti Disini

 

__________________________________________________________________________________________________________________________