Beberapa kemudahan asas telah disediakan di sekitar kawasan Taman Kesedar Jaya bagi memudahkan lagi masyarakat setempat melakukan aktiviti harian dan memenuhi keperluan semasa. Antara kemudahan asas yang terdapat di Taman Kesedar Jaya seperti surau dan kedai runcit. Tiada kemudahan pengangkutan awam disediakan di kawasan ini.
- SURAU
Sebuah surau yang diberi nama Surau Nur Iman telah didirikan di Taman Kesedar Jaya. Dengan adanya surau ini, ianya memudahkan lagi masyarakat tempatan yang beragama islam menjalani ibadah solat secara berjemaah selain merapatkan lagi ukhuwah sesama masyarakat seagama. Selain itu, ianya juga memudahkan pengunjung dari luar untuk menunaikan solat di surau ini.
Gambar 1: Surau Nur Iman
- KEDAI RUNCIT
Beberapa buah kedai runcit telah diusaha dan dimajukan di sekitar Taman Kesedar Jaya ini. Kedai runcit yang terdapat di kawasan ini memudahkan lagi suri rumah dan masyarakat setempat membeli barangan keperluan harian seperti gula, beras dan lain-lain peralatan kelengkapan harian di rumah. Dengan adanya kedai runcit ini, masyarakat tempatan tidak perlu ke kawasan Bandar Gua Musang selain dapat mengurangkan kos pengangkutan dan menjimatkan masa.
Gambar 2: Kedai Runcit Mazuma
- TABIKA PERPADUAN
Di kawasan perumahan ini juga terdapat sebuah sekolah iaitu Tabika Perpaduan untuk kanak-kanak yang berumur antara 5 tahun hingga 6 tahun.
Gambar 3: Tabika Perpaduan