Antara makanan yang terkenal dan terlaris di Taman Kesedar Jaya ialah "Nasi Kerabu Belago Angin Pok Pa". Nasi kerabu tersebut pasti tidak akan mengecewakan pelanggan yang menyukai makanan tradisional negeri Kelantan. Permintaan nasi ini sangat laris dan biasanya ia akan habis dijual dalam masa satu jam setengah sahaja biarpun gerainya terletak hanya di tepi jalan kawasan perumahan Taman Kesedar Jaya, Gua Musang, Kelantan.
Nama Gerai : Nasi Kerabu Belago Angin Pok Pa
Nama Produk : Nasi Kerabu
Alamat Lokasi : Simpang masuk Taman Kesedar Jaya
Harga : RM3.50 sebungkus
Waktu Operasi : Waktu petang sahaja
Gambar Produk:
Gambar 1: Nasi Kerabu
Gambar 2: Pelanggan sedang menunggu giliran
Gambar 3 : Pok Pa sedang membungkus nasi kerabu
Sumber: astroawani.com