KISAH KEJAYAAN SUKU TAHUN KETIGA 2017

 

           Usahawan separuh masa bagi perniagaan ‘Suyah Nasi Kukus’ Perniagaan ini merangkumi penjualan makanan tengahari, dan minuman sejuk seperti yang terbaru the ais bangla dan jus oren.

           Faris mula berjinak dengan perniagaan sejak kecil lagi kerana ibu bapanya merupakan pengusaha catering di Gua Musang. Kini, pada cuti semester beliau membantu abangnya menjalani perniagaan Nasi kukus di sekitar Taman KesedarJaya.Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet 1Malaysia Taman KesedarJaya, beliau kini dapat mengetahui sedikit sebanyak selok belok dalam pengurusan perniagaan.

Nama Produk : Suyah Nasi Kukus

Alamat : 362 Jalan Melor Taman Wangi Gua Musang, Kelantan.

No tel : 017-9040709

Suyah1

 Gambar 1 : Kedai Nasi Kukus Suyah

Suyah2

 Gambar 2 : Salah satu menu lain yang terdapat di Kedai Nasi Kukus Suyah

KISAH KEJAYAAN SUKU TAHUN KEDUA 2017

 

          Usahawan separuh masa pembantu gerai makan ibu nya di sekitar taman damar pada waktu pagi, manakala pada sebelah petang sehingga malam bekerja di gerai makan Chaw Kuey toew di sekitar taman ini juga. 

             Mas Laila atau panggilan manjanya eilla sangat meminati bidang perniagaan semenjak kecil lagi. Minat itu ada kerana kedua-dua ibu bapa nya mempunyai perniagaan sendiri yang mana ibunya berniaga nasi pagi di sebuah gerai di sekitar taman KesedarJaya selain mengambil upah tempahan untuk jamuan makan di Pejabat. Manakala Bapanya berniaga perniagaan runcit di Tanah Merah. Dalam usia yang sangat muda, beliau banyak membantu ibunya selain di gerai, beliau juga turut membantu dari segi mempromosikan lagi gerai makan ibunya. Dalam kata lain, beliau banyak menjadi orang sokongan dalam menjayakan perniagaan ibunya dek kerana kepetahannya bercakap 

Nama Produk : Szaa Char Kuey Teow 

Alamat : Taman Damar Gua Musang, Kelantan.

No tel : 016-9379712

 

tmndama1

Gambar 1 : Salah satu prosesan membuat Char Kuey Teow

tmndama2

 Gambar 2 : Salah satu menu Char Kuey Teow

 

KISAH KEJAYAAN SUKU TAHUN PERTAMA 2017

 

          Usahawan separuh masa bagi ternakan kambing, produk ternusu dan minuman soya, barli dan cincau. Menghasilkan produk berasaskan produk tenusu dan air soya.

         Ustaz Noor telah menternak kambing, susu & soya secara kecil-kecilan disekitar gua musang. Beliau menternak kambing sejak 10 tahun yang lalu. Ternakan kambing yang telah cukup usia matang akan dijual. Selain itu, beliau juga menjual susu kambing yang banyak mendapat sambutan dalam kalangan wanita bersalin yang ingin mengubati penyakit kuning pada bayi. Selain ternakan kambing, beliau juga menjual air soya, barli dan cincau di rumah beliau dan pada bulan Ramadhan air soya beliau sangat mendapat sambutan dan dijual di bazaar.

Nama Produk : AIR SOYA SOHOR

Alamat : 353 Jalan Melor, Taman Wangi, 18300 Gua Musang, Kelantan.

No tel : 019-9121355

 

soya1

Gambar 1 : Salah satu prosesan Air Soya beliau di pakaging sebelum dijual

 

soya2

Gambar 2 : Air soya yang dijual di bazar Ramadhan

 

KISAH KEJAYAAN 2015

 

    Terdapat beberapa jenis industri kecil yang menyumbang pendapatan kepada penduduk di Taman Kesedar Jaya ini. Antaranya perusahaan minyak masak yang diusahakan di bawah anak syarikat Kesedar Perkilangan. Minyak masak tersebut diproses dan dijual secara borong kepada pelanggan. Terdapat tiga orang pekerja yang mengusahakn kilang minyak masak D'Goreng tersebut.

Nama Produk : Minyak masak D'Goreng

Alamat : Pt 2981 & pt 2982 Taman Kesedar Jaya, 18300 Gua Musang, Kelantan.

Nama Syarikat : Kesedar Perkilangan Sdn.Bhd

No tel : 09-9120766

Bilangan Pekerja : 3 Orang

IMG 1097

Gambar 1 : Cara pembungkusan minyak masak D'Goreng

 

IMG 1099

Gambar 2 : Tong simpanan minyak masak