HARI HIMPUNAN IBU-IBU DUN GALAS

 

19 OKTOBER 2018 – Satu himpunan para ibu sekitar diadakan di Dewan Komuniti, PPR Gua Musang. Aktiviti tersebut bertujuan mengumpulkan seramai yang boleh penglibatan golongan ibu yang ada di Dun Galas khususnya.

            Objektif lain himpunan tersebut adalah untuk memberikan pengisian aktiviti dan ilmu yang mampu memberikan manfaat kepada para ibu disamping bersilaturrahim sesama komuniti. Pelbagai aktiviti dan pengisian yang dibuat bermula dari pagi hingga ke tengahari.

            Program tersebut adalah anjuran Pertubuhan Kebajikan Asnaf Gua Musang (PEKA) dengan kerjasama Kelab Jalinan Ikatan Kasih serta Kelab Pemuafakatan PPR Gua Musang. Antara pengisian program tersebut adalah Senamrobik, Tazkirah kekeluargaan, Demontrasi Masakan serta kelas Asas Solekan.

            Besar harapan penganjur supaya aktiviti ini dapat memberikan manfaat kepada para ibu untuk mencari sedikit sebanyak input bagi menjaga keharmonian rumah tangga khususnya.

- sekian -

 

___________________________________________________________________________________

 

JAMUAN HARI RAYA AIDILFITRI ANJURAN KEMAS

 

Pihak Kemas telah menganjurkan rumah terbuka pada 8 Syawal 1437H bermula jam 3.00 petang - 5.00 petang.

13873215 1055851574506357 7061685627142272910 n   13876291 1055851641173017 648633691420703830 n  13876427 1055851464506368 5979625033894435388 n

Gambar 1: Wanita bergambar sempena sambutan Hari Raya

 

KELAS MASAKAN ANJURAN KEMAS DAERAH GUA MUSANG

 

  • Kelas masakan ini ditubuhkan untuk kaum wanita, suri rumah dan ibu tunggal yang ingin mempelajari pelbagai jenis masakan yang baru. Kelas masakan ini dianjur oleh Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Daerah Gua Musang.
  • Untuk menjadi ahli kelas masakan tersebut hanya perlu membayar yuran RM10 sahaja. 
  • Semasa kelas diadakan, bahan-bahan masakan disediakan. Ahli hanya perlu bayar harga barang yang digunakan sahaja. Ahli juga dapat membawa pulang masakan yang telah dimasak
  • Kelas masakan tersebut diadakan setiap hari RABU dalam seminggu.
  • Terbuka kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai kelas masakan ini. Peserta hanya perlu menghadiri kelas tersebut sahaja.

Gambar 1: Antara ahli-ahli kelas masakan anjuran KEMAS

 

KELAS MEMBUAT TAUHU TERBALIK

 

       

     

 

Perkara: Masakan Tauhu Terbalik

Tempat: Dewan Kolam Mas

Tarikh: 02 September 2015