HARI HIMPUNAN IBU-IBU DUN GALAS

 

19 OKTOBER 2018 – Satu himpunan para ibu sekitar diadakan di Dewan Komuniti, PPR Gua Musang. Aktiviti tersebut bertujuan mengumpulkan seramai yang boleh penglibatan golongan ibu yang ada di Dun Galas khususnya.

            Objektif lain himpunan tersebut adalah untuk memberikan pengisian aktiviti dan ilmu yang mampu memberikan manfaat kepada para ibu disamping bersilaturrahim sesama komuniti. Pelbagai aktiviti dan pengisian yang dibuat bermula dari pagi hingga ke tengahari.

            Program tersebut adalah anjuran Pertubuhan Kebajikan Asnaf Gua Musang (PEKA) dengan kerjasama Kelab Jalinan Ikatan Kasih serta Kelab Pemuafakatan PPR Gua Musang. Antara pengisian program tersebut adalah Senamrobik, Tazkirah kekeluargaan, Demontrasi Masakan serta kelas Asas Solekan.

            Besar harapan penganjur supaya aktiviti ini dapat memberikan manfaat kepada para ibu untuk mencari sedikit sebanyak input bagi menjaga keharmonian rumah tangga khususnya.

- sekian -

 

___________________________________________________________________________________