Dari segi kemudahan kesihatan pula, masyarakat di Taman Kesedar Jaya boleh mendapatkannya di Hospital Gua Musang jika terdapat sebarang masalah kesihatan dan memerlukan rawatan doktor. Hospital Gua Musang ini terletak kira-kira 2 km daripada Taman Kesedar Jaya. Waktu rawatan di Hospital Gua Musang adalah 24 jam.
Alamat: Hospital Gua Musang, Bandar Baru, 18300 Gua Musang, Kelantan
No tel: 09-9121133
Gambar 1 : Hospital Gua Musang
- INFO TERKINI
NASIHAT KESIHATAN KETIKA JEREBU
1. GOLONGAN ORANG YANG BERISIKO TINGGI SEMASA JEREBU
Keadaan jerebu yang berterusan akan mendatangkan kesan buruk kepada semua orang terutama yang berisiko tinggi seperti kanak-kanak, orang tua, wanita mengandung , pesakit jantung dan respiratori juga mereka yang sensitive kepada habuk, orang yang merokok termasuk mereka yang sentiasa bekerja di luar pejabat atau rumah
2. NASIHAT KESIHATAN SECARA UMUM UNTUK MENCEGAH PENYAKIT AKIBAT
JEREBU
i. Orang ramai dinasihatkan supaya sejauh mana yang boleh berada di dalam bangunan.
ii. Kurangkan aktiviti lasak di luar rumah.
iii. Orang ramai dinasihatkan supaya kerap membasuh muka dan bahagian-bahagian yang
terdedah kepada jerebu.
iv. Orang ramai dinasihatkan supaya minum banyak air.
v. Mereka yang menggunakan kenderaan yang berhawa dingin hendaklah menghidupkan
alat penghawa dingin (mod : kitaran dalam) dan menutup semua tingkap.
vi. Penutup hidung dan mulut hendaklah digunakan oleh mereka yang melakukan
aktiviti di luar terutamanya mereka yang berisiko tinggi.
vii. Mereka yang mengalami penyakit-penyakit seperti batuk, selsema, asma, sakit mata,
jangkitan paru-paru yang kronik hendaklah datang ke klinik dengan seberapa segera
jikalau keadaan penyakit bertambah teruk.
viii. Perokok dinasihatkan supaya mengurangkan / menjauhkan aktiviti merokok.
ix. Sentiasa mendapatkan maklumat terkini daripada media massa dan mengikut nasihat
daripada pihak berkuasa.
3. LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN DAN KAWALAN KESIHATAN YANG PERLU DIPATUHI SEMASA JEREBU
Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) |
Status |
Tahap Pencemaran |
Langkah-langkah pencegahan dan kawalan Kesihatan |
0-50 |
Baik |
Tahap pencemaran rendah dan tidak membahayakan kesihatan umum |
|
51-100 |
Sederhana |
Tahap pencemaran sederhana dan lazimnya tidak membahayakan kesihatan umum |
|
101-200 |
Tidak sihat |
Tahap pencemaran boleh menjejaskan kesihatan golongan berisiko tinggi. |
|
201-300 |
Sangat tidak menyihatkan |
Tahap pencemaran tinggi yang menjejaskan kesihatan orang ramai dan boleh memburukkan gejala yang dialami oleh mereka yang berisiko tinggi |
|
301-400 |
Berbahaya |
Pencemaran yang sangat tinggi dan membahayakan kesihatan. |
|
401-500 |
Berbahaya |
Pencemaran yang sangat tinggi dan membahayakan kesihatan. |
|
500 ke atas |
Darurat |
Pencemaran yang terlalu tinggi dan sangat membahayakan kesihatan. |
|
Anda boleh klik pada link yang berikut untuk mengetahui status bacaan IPU terkini.
http://apims.doe.gov.my/v2/hour2_2015-09-28.html
Sekian, untuk makluman.