Taman Kesedar Jaya adalah sebuah penempatan perumahan yang baru sahaja dibuka pada tahun 2011. Taman Kesedar Jaya ini terletak berdekatan dengan Bandar Baru Gua Musang iaitu kira-kira 2 km.

Populasi penduduk di Taman Kesedar Jaya adalah seramai 333 orang dengan purata  isi rumah dalam anggaran 5 orang bagi setiap rumah. Majoriti masyarakat yang menetap di Taman Kesedar Jaya adalah bangsa Melayu dan kebanyakan bukan penduduk asal di kawasan tersebut. Majoriti masyarakat yang menetap di Taman Kesedar Jaya ini berkhidmat sebagai kakitangan Kerajaan seperti guru manakala sebahagian yang lain bekerja sendiri dan berniaga.

  • Populasi
 
Jumlah Purata Isi Rumah        5 Orang           
Lelaki 150
Perempuan 183
Jumlah keseluruhan 333

 

  • Kumpulan Umur
 
<12 Tahun 30% 
12-17 Tahun 20%
18-25 Tahun 10%
26-40 Tahun 60%
41-58 Tahun 10%
>58 Tahun 8%