KELAS ADVOKASI ICT, E-LEARNING & DIGITAL MODE

TARIKH

: 21 MEI 2024

MASA

: 9.00 am – 12.00 pm

LOKASI

: NADI Taman Kesedar Jaya

PESERTA

: 12 orang

KELAS

: Pengenalan Kepada Komputer


Tujuan

Aktiviti ini bertujuan memberikan pendedahan kepada pelajar tabika kepada dunia IT dan komputer.  

Aktiviti

Peserta diberikan bimbingan menggunakan tetikus dalam permainan pendidikan. Seterusnya aktiviti diteruskan dengan pertandingan mewarna dan penyampaian cenderahati.

Gambar Aktiviti Disini

ASAS MS OFFICE

TARIKH

: 18 MEI 2024

MASA

: 9.30 am – 12.30 pm

LOKASI

: NADI Taman Kesedar Jaya

PESERTA

: 4 orang

KELAS

: Microsoft Office


Tujuan

Program kali ini memperkenalkan kepada peserta lepasan sekolah dalam penggunaan Microsoft Office bagi pelbagai tujuan khususnya dalam melanjutkan pelajaran.  

Aktiviti

Peserta diajar bermula dari asas dan seterusnya diajar menggunakan keseluruhan tools yang tersedia dengan betul. Latihan diberikan untuk meningkatkan lagi kemahiran dalam penggunaan aplikasi ini.

Gambar Aktiviti Disini

BIMBINGAN STUDY GROUP KERJA KHUSUS IOT

TARIKH

: 13 MEI 2024

MASA

: 3.00 pm – 5.00 pm

LOKASI

: NADI Taman Kesedar Jaya

PESERTA

: 4 orang

KELAS

: STEM/IoT


Tujuan

Aktiviti ini bertujuan memberikan bimbingan dan tunjuk ajar kepada peserta untuk menyiapkan kerja khusus Tingkatan 2 bagi projek berkaitan aplikasi IoT.  

Aktiviti

Peserta yang terdiri daripada sekumpulan pelajar Tingkatan 2 perlu menyiapkan kerja khusus yang diberikan kepada mereka. Bagi membantu semua tugasan, mereka mendapatkan maklumat melalui kemudahan internet yang disediakan di PEDi serta khidmat bimbingan petugas PEDi bagi memberi tunjuk ajar dan bimbingan untuk menyiapkan tugasan tersebut.

Gambar Aktiviti Disini

KELAS PEMBUATAN PEWANGI FABRIK

TARIKH

: 17 MEI 2024

MASA

: 9.30 pm – 12.30 pm

LOKASI

: NADI Taman Kesedar Jaya

PESERTA

: 10 orang

KELAS

: Latihan Keusahawanan


Tujuan

Aktiviti ini bertujuan memberikan bimbingan kepada golongan wanita untuk menghasilkan produk keusahawanan mereka bagi menjana pendapatan.  

Aktiviti

Peserta diberikan pengenalan mengenai produk yang akan dihasilkan. Kemudian setiap peserta diberi peluang menghasilkan produk pewangi tersebut langkah demi langkah sambil dibimbing oleh guru mereka. Mereka turut berpeluang membeli produk yang telah siap sedia serta barang-barang yang diperlukan bagi menghasilkan pewangi fabrik.

Gambar Aktiviti Disini

TEMUDUGA PERMOHONAN LESEN SITE SUPERVISOR

TARIKH

: 9 MEI 2024

MASA

: 10.00 am – 12.00 pm

LOKASI

: NADI Taman Kesedar Jaya

PESERTA

: 2 orang

KELAS

: Kelas Kemahiran Temuduga


Tujuan

Aktiviti ini bertujuan membantu peserta menjalani temuduga secara online menerusi aplikasi Zoom.  

Aktiviti

Peserta dibantu dan diberikan tunjuk ajar menduduki temuduga dengan tatacara yang betul dan menggunakan slideshow MS Power Point yang diperlukan dalam temuduga.

Gambar Aktiviti Disini