KURSUS ADOBE PREMIERE CERTIFIED PROFESSIONAL
TARIKH |
: 22 JANUARI 2024 |
MASA |
: 9.00 am – 5.00 pm |
LOKASI |
: PEDi Taman Kesedar Jaya |
PESERTA |
: 10 orang |
KELAS |
: Multimedia - Adobe |
Tujuan
Kursus ini bertujuan memberi peluang kepada belia lepasan sekolah dan kolej mengenali dan memahami perisian adobe premiere untuk meningkatkan kemahiran sebagai salah satu peluang memprolehi kerjaya yang diminati.
Aktiviti
Peserta diperkenalkan semua aspek utama yang ada dalam adobe premiere. Mereka diberikan beberapa segmen untuk belajar adobe premiere bersesuaian dengan tahap permulaan belajar tentang design dan editing. Peserta dibimbing menggunakan tools yang tersedia di dalam aplikasi dan mereka grafik mengikut minat masing-masing. Diakhir kursus ini, peserta juga berpeluang menduduki peperiksaan bagi mendapatkan sijil professional yang diperakui dalam kemahiran ini.
MATH ONLINE TUTORIAL
TARIKH |
: 20 JANUARI 2024 |
MASA |
: 2.30 pm – 5.30 pm |
LOKASI |
: PEDi Taman Kesedar Jaya |
PESERTA |
: 3 orang |
KELAS |
: e-Learning : Tutorial |
Tujuan
Aktiviti ini bertujuan memberi kemudahan dan bimbingan kepada pelajar sekolah diluar waktu persekolahan.
Aktiviti
Peserta diberi ruang untuk bertutorial di online platform. Petugas menyediakan bahan tutorial yang dikongsikan oleh pelajar dan mereka cuba menyelesaikan tutorial tersebut semasa sesi pembelajaran online.
BENGKEL TIKTOK & TM SME UNIFI BRIEF
TARIKH |
: 16 JANUARI 2024 |
MASA |
: 9.00 am – 1.00 pm |
LOKASI |
: PEDi Taman Kesedar Jaya |
PESERTA |
: 12 orang |
KELAS |
: Latihan Keusahawanan |
Tujuan
Latihan ini bertujuan untuk memberi peluang kepada usahawan setempat untuk menjana pendapatan melalui platform TikTok.
Aktiviti
Peserta diberi penerangan asas penggunaan TikTok. Kemudian mereka didedahkan dengan penggunaan tools dalam TikTok shop. Seterusnya mereka diberi bimbingan cara-cara untuk meningkatkan jualan dalam mempromosikan produk dalam video TikTok.
PENYEDIAAN DOKUMENTASI TEMUDUGA PDRM
TARIKH |
: 18 JANUARI 2024 |
MASA |
: 10.00 am – 12.00 pm |
LOKASI |
: PEDi Taman Kesedar Jaya |
PESERTA |
: 2 orang |
KELAS |
: Asas Teknologi Maklumat |
Tujuan
Aktiviti ini bertujuan untuk memberi bimbingan dalam menyediakan dokumen yang diperlukan untuk sesi temuduga.
Aktiviti
Peserta diberi bimbingan dan cadangan dalam menyediakan dokumen dan maklumat untuk sesi temuduga. Petugas membantu dalam mencetak dokumen yang diperlukan. Selain itu, peserta juga diberikan tips 10 soalan yang biasa ditanyakan semasa sesi temuduga dan menonton contoh video temuduga di Youtube.
SHARING ROBOTIC PROJECT IN YOUTUBE
TARIKH |
: 15 JANUARI 2024 |
MASA |
: 3.00 pm – 5.00 pm |
LOKASI |
: PEDi Taman Kesedar Jaya |
PESERTA |
: 2 orang |
KELAS |
: IoT Robotic |
Tujuan
Kelas ini bertujuan untuk memberi peluang kepada pelajar sekolah berkongsi idea projek robotik mereka menerusi platform youtube.
Aktiviti
Peserta diberi kemudahan menggunakan pc. Kemudian mereka mula memuat naik video projek robotik yang telah dirakam ke dalam platform youtube.