TARIKH : 19 MAC 2018
MASA : 10.00 am Hingga 5.00 pm
PESERTA : 8 Orang
LOKASI : PI1M Kesedar Jaya
KELAS : MDEC (E-Rezeki)
Tujuan:
Kelas kali ini khusus untuk melatih para petuga PI1M untuk menjadi salah seorang trainer bagi program E-Rezeki. Pelbagai pendedahan yang sepatut nya seorang trainer tahu diajar untuk memastikan mereka berkemampuan mengajar komuniti masing-masing.
Aktiviti:
Trainer dari MDEC HQ mengajar dan memberikan info dan ilmu untuk menjadikan peserta sebagai seorang trainer yang baik bagi program E-Rezeki. Beberapa platform dan bidang yang berkaitan program E-Rezeki didedahkan dan diperincikan.
__________________________________________________________________________________________________________________________
TARIKH : 17 MAC 2018
MASA : 3.00 pm Hingga 5.00 pm
PESERTA : 10 Orang
LOKASI : PI1M Kesedar Jaya
KELAS : Paint
Tujuan:
Kelas ini bertujuan mengenal bakat dan kreativiti peserta dalam mereka dan melukis menggunakan aplikasi paint.
Aktiviti:
Peserta diberikan tema dan tajuk yang sesuai. Mereka diminta untuk melukis dan mewarnakan gambaran yang dilakarkan mengikut kreativiti masing-masing. Lukisan terbaik akan dinobatkan sebagai pemenang.
__________________________________________________________________________________________________________________________
TARIKH : 7 MAC 2018
MASA : 9.00 am Hingga 5.00 pm
PESERTA : 16 Orang
LOKASI : PI1M Kesedar Jaya
KELAS : Online Marketing
Tujuan:
Kelas ini memberi pendedahan kepada perniagaan atas talian kepada platform e-commerce. Peserta didedahkan dengan teknik lapisan yang perlu dilalui sebelum sesuatu iklan itu diterima dan dipaparkan di platform tersebut.
Aktiviti:
Peserta diajar kaedah akses yang terbaik untuk mengiklankan produk di platform e-commerce. Antara platform yang diajar untuk kali ini ialah Lazada, Shopee, 11street dan mudah.my.
__________________________________________________________________________________________________________________________
TARIKH : 8 MAC 2018
MASA : 2.30 am Hingga 5.30 pm
PESERTA : 14 Orang
LOKASI : PI1M Kesedar Jaya
KELAS : Sistem E-Kerajaan
Tujuan:
Kelas ini memberi pengetahuan dan mengajar guru-guru daripada tadika perpaduan berkenaan cara menggunakan system pengurusan sekolah yang disediakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Sistem ini bertujuan untuk memudahkan proses merekod dan melaksanakan proses P&P di sekolah masing-masing.
Aktiviti:
Peserta (guru) didedahkan kaedah yang betul dan tepat untuk menggunakan system yang disediakan ini. Pelbagai maklumat dan borang laporan yang perlu dikemaskini untuk tujuan pemantauan pihak kementerian terbabit.
__________________________________________________________________________________________________________________________
TARIKH : 6 MAC 2018
MASA : 9.00 am Hingga 5.00 pm
PESERTA : 16 Orang
LOKASI : PI1M Kesedar Jaya
KELAS : Online Marketing
Tujuan:
Kelas ini memberi pendedahan dan pengetahuan kepada para peserta untuk mengenal pasti potensi pemasaran produk. Terdapat banyak pilihan strategi pemasaran secara atas talian yang sesuai diguna pakai oleh IKS.
Aktiviti:
Peserta diajar cara yang betul untuk kenal pasti medium pemasaran atas talian yang sesuai. Juga berkaitan bahan (content) bagi menyokong pemasaran produk tersebut.
__________________________________________________________________________________________________________________________