USAHAWAN & KONSULTAN KECANTIKAN (MARY KAY)

Nama

: Nor Afida Edyati Bt Ramly

Umur

: 33 Tahun

Ahli

: Mac 2019

Latar belakang

Puan Afida atau dikenali sebagai Kak Da dalam kalangan rakan niaga, merupakan salah seorang pengguna tegar bagi produk kecantikan MaryKay bermula pada 2015 semasa masih bekerja. Selepas meyakini rangkaian produk tersebut yang mampu membantu beliau dan ramai wanita lain dalam aspek kecantikan. 2 tahun berikutnya dengan kepesatan perniagaan atas talian, beliau seterusnya, bertindak mendaftar diri sebagai dropship dibawah seorang agen yang terus membimbing beliau. Beliau mula menjana pendapatan daripada situ dan terus melangkah dengan MaryKay. Beliau terus mengumpul modal bagi mendaftarkan diri sebagai agen pula.dan terus istiqamah dengannya. Bermula tahun 2018, Kak Da telah mendaftar sebagai ahli Pi, dan dari situ beliau terus belajar bersama PI berkaitan perniagaan terutamanya online platform. Dengan ilmu yang beliau dapat kini, Puan Afida terus melonjak sebagai Stokis atau β€œBeauty Consultant” yang bertauliah bersama MaryKay.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Sebelum memaksimumkan penggunaaan ICT khidmat beliau tidak begitu meluas dan hanya sekitar rakan terdekat sahaja. Jualan untuk produk rangkaian MaryKay juga hanya sekitar RM 500 – RM 1500 sebulan sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Selepas menjadi Ahli PI, dan mengikuti beberapa kelas keusahawanan Puan Afida terus meningkat naik dari segi keyakinan dan jumlah jualan yang berjaya beliau lakukan. Anggaran jualannya RM 3000 – RM 4500 sebulan.

___________________________________________________________________________________