USAHAWAN COOKIES DAN JAJAN

 

Nama

: Siti Nur Liyana Radzi

Umur

: 34 Tahun

Ahli

: Mac 2019

Latar belakang

Pn Siti Nur Liyana merupakan salah seorang komuniti setempat yang bekerja di salah sebuah syarikat swasta di Daerah Gua Musang. Peringkat awalnya beliau sangat teruja bila bersama dengan komuniti setempat yang mengikuti beberapa siri kelas asas ICT dan Keusahawanan di PI Taman Kesedar Jaya. Beliau mula menjalankan perniagaan sekitar musim perayaan Tahun 2018. Pada Mac 2019, beliau terus mendaftar ahli di PI bagi mmendapatkan pengetahuan yang lebih banyak berkenaan keusahawanan. Beliau terus setia dengan jenama Family Corner yang menjual pelbagai jenis cookies dan jajan yang sesuai untuk semua lapisan komuniti.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Sebelum mendapatkan pengetahuan berkaitan penggunaan ICT dan keusahawanan Pn Siti Nur Liyana hanya mendapat pendapatan sekitar RM 500 – RM 1000 sebulan. Ianya tanpa pemasaran yang serius melalui platform media sosial. Hanya sekadar dikalangan kenalan dan keluarga.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Selepas  mendafatar sebagai ahli dan berdasarkan pengalaman bersama rakan komuniti yang lain, Pn Siti Nur Liyana bertambah yakin menggunakan media sosial dan juga medium pemasaran lain bagi mengembangkan lagi potensi perniagaan yang beliau jalankan. Beliau kini mendapat pendapatan purata RM 2500 – RM 3000 tidak termasuk pada musim perayaan dan tempahan pukal dari pihak tertentu.

___________________________________________________________________________________