USAHAWAN RUSIANI BINTI KOSIM

Nama

: Rusiani Binti Kosim

Umur

: 46 Tahun

Ahli

: Jan 2020

Latar belakang

Pn Rusiani pada awalnya beliau merupakan tukang jahit yang menjalankan perniagaan secara sambilan di rumahnya. Beliau menjahit dan menerima tempahan hanya untuk penduduk sekitar kampung sahaja di Kg Kundur Gua Musang. Pada tahun 2017, beliau telah menyertai projek tukang jahit berkumpulan di bawah label Benang Kreatif. Disitulah beliau mula menapakkan diri dalam bidang jahitan dengan lebih serius serta sentiasa menambah pengetahuan dalam bab perniagaan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Sebelum penglibatan bersama PI, beliau tidak mendalami ilmu berkaitan perniagaan seperti pemasaran dan pengurusan. Pendapatan hanya sekitar RM 500.00-RM 700.00.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Melalui pelbagai kelas ICT dan keusahawanan, Pn Rusiani telah mampu mengembangkan perniagaan serta meningkatkan pengetahuan dalam pengurusan perniagaan. Pelbagai ilmu baru yang beliau perolehi bagi meningkatkan kemajuan perniagaannya. Pendapatan bulanan beliau juga meningkat antara RM 1500.00-RM 2000.00.

___________________________________________________________________________________