USAHAWAN SYARIFAH LIYANA BT IBRAHIM
Nama |
: Sharifah Liyana bt Ibrahim |
Umur |
: 36 Tahun |
Ahli |
: Okt 2019 |
Latar belakang
Pn Liyana merupakan salah seorang anak jati Gua Musang yang berniaga di dalam daerah sendiri bagi membantu memenuhi keperluan masyarakat. Beliau bermula dengan menjual pakaian secara bersendirian dan kecilan yang melibatkan rakan dan keluarga terdekat. Antara jualan utama beliau ialah pakaian wanita dengan pelbagai variasi dan pilihan yang menarik.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Sebelum penglibatan bersama PI, beliau tidak begitu memahami selok-belok menggunakan platform online. Anggaran pendapatan beliau sekitar RM 3000 – RM 4000 sebulan hanya melakukan jualan secara offline.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Melalui pelbagai kelas ICT dan keusahawanan serta bimbingan daripada Pusat Internet, Pn Liyana mampu mengembangkan perniagaan beliau dengan memasukkan pelbagai produk dalam senarai jualannya. Beliau tidak hanya bergantung kepada satu jenis produk sahaja. Pendapatan anggaran beliau RM 5000 – RM 6000.
http://kesedarjaya.naditm.my/index.php/warga-pi1m/kisah-kejayaan/740-kisah-kejayaan-q2-2020-usahawan-i#sigFreeIddd2a18e34a
___________________________________________________________________________________