USAHAWAN - ANIS BADURA

Nama

Nur Anis Badura

Umur

: 30 Tahun

Ahli

: 2020

Latar belakang

Anis Badura merupakan seorang suri rumah sepenuh masa. Beliau sangat meminati bidang kraftangan dan bakeri. Oleh kerana minat tersebut beliau mula bberniaga secara kecil-kecilan bagi mengisi masa lapang beliau di rumah dengan membuat kek harijadi, gubahan bunga untuk kejutan hari jadi dan donut brownies.

Anis badura banyak menggunakan peluang menjana pendapatan dengan menggunakan sebaik mungkin kemudahan plat form media social pada masa kini terutama Facebook serta status di Whatsapp.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Sebelum mendapatkan pengetahuan berkaitan penggunaan ICT dan keusahawanan Anis hanya mendapat pendapatan sekitar RM 100 – RM 200 sebulan. Ianya tanpa pemasaran yang serius melalui platform media sosial. Hanya sekadar dikalangan kenalan dan keluarga.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Selepas  mendafatar sebagai ahli dan berdasarkan pengalaman bersama rakan komuniti yang lain, Anis bertambah yakin menggunakan media sosial dan juga medium pemasaran lain bagi mengembangkan lagi potensi perniagaan yang beliau jalankan. Beliau kini mendapat pendapatan purata RM 1000 – RM 2000/sebulan

___________________________________________________________________________________