CELIK ICT - MUHAMMAD FARHAN BIN FAUZI

Nama

: Muhammd Farhan Bin Fauzi

Umur

: 27 Tahun

Ahli

: 2014

Latar belakang

Farhan merupakan salah seorang ahli PIK Taman Kesedar Jaya sejak tahun 2014. Beliau merupakan salah seorang OKU dan berdaftar bersama Jabatan kebajikan Masyarakat. Penglibatan beliau bersama PIK apabila mula dibawa oleh guru sekolah semasa beliau di aliran pendidikan khas. Selepas daripada itu, beliau turut dibawa oleh ahli keluarga untuk bersama menggunakan kemudahan yang tersedia di PIK. Beliau semakin suka dan selesa bersama dengan komuniti serta petugas PIK, jadi beliau kerap datang untuk pelbagai tujuan dan mengenal peralatan ICT. Daripada situlah petugas PIK cuba membimbing beliau dengan tahap kemampuannya.

Apa yang dipelajari melalui PIK

    • - Mempelajari asas penggunaan kompenan komputer.
    • - Mempelajari cara-cara untuk melayari laman web untuk pelbagai guna.
    • - Mempelajari dan mencari sumber bahan daripada Youtube.
    • - Menggunakan beberapa laman pembelajaran interaktif.

Bagaimana PIK membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT

- PIK membantu mempelajari asas komputer seperti Microsoft office

- Memberi kelas tambahan dan tunjuk ajar dengan baik

  • Mampu melayari website dan menggunakan platform online sendiri.

___________________________________________________________________________________