MEWARNA ONLINE
TARIKH |
: 1 Februari 2019 |
MASA |
: 3.00 petang - 5.00 petang |
LOKASI |
: Bilik Latihan PI Taman Kesedar Jaya |
PESERTA |
: 10 orang |
KELAS |
: Mewarna Secara Online |
Tujuan:
Aktiviti kali ini bertujuan mengisi ruang waktu peserta yang cuti sempena tahun baru cina dengan aktiviti berasakan ICT. Ia juga bertujuan mempromosikan pelbagai medium pembelajaran online yang ada di dalam dunia ICT. Peserta turut dilatih untuk menajamkan daya kreativiti mereka dalam mewarnakan sesuatu gambar yang dibekalkan.
Aktiviti:
Peserta diperkenalkan dengan beberapa laman sesawang yang ada menyediakan aplikasi untuk pembelajaran. Mereka diajar cara untuk mengakses beberapa laman tersebut. Untuk aktiviti kali ini kami menggunakan laman yang percuma. Selepas itu para peserta diberikan ruang unntk memilih gambar yang mereka minati untuk diwarnakan. Selepas itu mereka akan mewarna mengikut kreativiti masing-masing.
__________________________________________________________________________________________________________________________
KELAS VIDEO EDITING
TARIKH |
: 26 Januari 2019 |
MASA |
: 2.00 petang – 4.00 petang |
LOKASI |
: Bilik Latihan PI Taman Kesedar Jaya |
PESERTA |
: 10 orang |
KELAS |
: Membuat Video |
Tujuan:
Kelas kali ini adalah untuk memperkenalkan kepada peserta beberapa medium yang boleh digunakan untuk menghasilkan video pendek. Ianya memerlukan storyline yang menarik sebelum peserta membuat kerja-kerja editing.
Aktiviti:
Peserta diminta menyediakan plan storyline video berdasarkan template yang disediakan. Mereka diajar untuk memasukkan unsur bunyi dan text ke dalam template video yang disediakan. Kreativiti mereka amat diperlukan bagai memastikan video yang dihasilkan menarik dan betepatan dengan mesej yang hendak disampaikan.
__________________________________________________________________________________________________________________________
KURSUS SOLAT SEMPURNA
TARIKH |
: 12 Januari 2019 |
MASA |
: 10.00 pagi – 12.00 Tgh Hari |
LOKASI |
: Bilik Latihan PI Taman Kesedar Jaya |
PESERTA |
: 24 orang |
KELAS |
: Kursus Solat |
Tujuan:
Kelas kali ini berbentuk kursus berkaitan menyempurnakan solat. Untuk kali ini PI menjemput penceramah jemputan bagi menerangkan lebih jelas berkaitan tajuk yang dipilih. Peserta terdiri daripada pelbagai peringkat umur terutamanya pelajar sekolah. Semoga ada pengajaran yang diperolehi daripada kursus ini.
Aktiviti:
Kursus dimulakan dengan penerangan berkaitan sejarah solat. Mereka diberikan ruang juga untuk bertanya kekusutan dan persoalan berkaitan solat. Pelbagai aspek disentuh terutamkanya berkaitan wuduk dan rukun solat. Mereka, juga diminta menjalankan beberapa amali rukun solat bagi memastikan kelas ini mendapat manfaat yang sepatutnya.
__________________________________________________________________________________________________________________________
BENGKEL PENGHASILAN RESUME
TARIKH |
: 17 Januari 2019 |
MASA |
: 10.00 pagi – 12.00 Tgh Hari |
LOKASI |
: Bilik Latihan PI Taman Kesedar Jaya |
PESERTA |
: 6 orang |
KELAS |
: Bengkel Resume |
Tujuan:
Kelas kali ini bertujuan memberikan pendedahan kepada pelajar lepasan SPM & STPM untuk menghasilkan resume. Untuk kali ini peserta turut diberikan info berkaitan ciri-ciri resume yang lengkap dan bersesuaian dengan pasaran kerjaya sekarang.
Aktiviti:
Peserta diminta menyediakan sebanyak mungkin maklumat yang berkaitan untuk dimasukkan ke dalam sesuatu resume. Mereka diajar untuk memilih suatu tema resume yang bersesuaian dengan pesonaliti mereka ataupun kerjaya. Peserta turut diajar untuk memasukkan item-item yang diperlukan sahaja dalam resume bagi memastikan ianya ringkas dan padat dengan maklumat.
__________________________________________________________________________________________________________________________
KUIZ PENDIDIKAN ISLAM
TARIKH |
: 11 Januari 2019 |
MASA |
: 10.00 pagi – 12.00 Tgh Hari |
LOKASI |
: Bilik Latihan PI Taman Kesedar Jaya |
PESERTA |
: 10 orang |
KELAS |
: Kuiz Pendidikan Islam |
Tujuan:
Kelas kali ini adalah bertujuan mendidik dan mengajar peserta berkaitan Pendidikan Islam. Kuiz kali ini merangkumi pelbagai aspek seperti adat, sirah Rasulullah dan pelbagai yang berkaitan.
Aktiviti:
Peserta akan diberikan beberapa set soalan kui online yang merangkumi subjek berkaitan agama, Mereka akan cuba mengulangkaji subjek ini yang dipelajari di sekolah. Seterusnya, mereka akan berpeluang bersaing sesama peserta untuk memenangi hadiah. Ianya sebagai sumber untuk melatih peserta lebih mengenali agama khususnya.
__________________________________________________________________________________________________________________________