DIY : PAPER BAG DECORATION

 

TARIKH

: 16 November 2018

MASA

: 3.00 petang - 5.00 petang

LOKASI

: Bilik Latihan PI Taman Kesedar Jaya

PESERTA

: 6 orang

KELAS

: Origami dan Kreatif

 

Tujuan:

Aktiviti kali ini bertujuan untuk melatih tahap kreativiti dan seni para peserta. Selain itu ia juga bertujuan untuk mengajar peserta untuk mencari bahan rujukan yang sesuai untuk menjadikan panduan dalam sesuatu tugasan.

Aktiviti:

Peserta akan dibekalkan dengan bahan untuk membuat dekorasi beg kertas. Mereka akan diberikan beberapa video rujukan dari youtube. Video rujukan yang dibekalkan adalah mengikut tema beg yang ingin direka oleh mereka. Daya kreativiti diperlukan untuk menjadikan beg tersebut menarik dan cantik.

 

Gambar Aktiviti Disini

 

__________________________________________________________________________________________________________________________

E-LEARNING BERSAMA PELATIH PDK

 

TARIKH

: 5 November 2018

MASA

: 10.00 pagi - 12.00 tengahari

LOKASI

: Bilik Latihan PI Taman Kesedar Jaya

PESERTA

: 10 orang

KELAS

: E-Learning Bersama PDK

 

Tujuan:

Aktiviti kali ini bertujuan memberikan sedikit pengenalan dan asas ICT kepada pelatih Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK). Mereka terdiri daripada kumpulan OKU yang mempunyai pelbagai jenis kemahiran. Mereka diajar asas penggunaan PC seterusnya menggunakan beberapa permainan interaktif yang berpadanan kemampuan mereka.

Aktiviti:

Peserta akan diperkenalkan dulu dengan kompenan PC secara ringkas. Mereka diberikan ruang untuk membiasakan diri dengan PC. Seterusnya diperkenalkan dengan beberapa aplikasi asas yang ada dalam sesebuah PC. Aktiviti terakhir, peserta menjalani permainan pembelajaran interaktif yang menyeronokkan dan mengembirakan mereka.

 

Gambar Aktiviti Disini

__________________________________________________________________________________________________________________________

SNAKE LADDER LEARNING GAMES

 

TARIKH

: 3 November 2018

MASA

: 10.00 pagi - 12.00 tengahari

LOKASI

: Bilik Latihan PI Taman Kesedar Jaya

PESERTA

: 10 orang

KELAS

: E-Learning Games

 

Tujuan:

Aktiviti kali ini bertujuan melatih daya pemikiran dan mengatur strategi dalam sesebuah pertarungan. Peserta yang terlibat perlu meletakkan sasaran dan menyusun strategi bagi melakukan perjalanan permaian untuk mengelakkan musuh. Jadi, elemen keselamatan perlu diterapkan dengan nilai disiplin bagi menjayakan misi permaianan ini.

Aktiviti:

Peserta akan diberikan tugasan untuk menggerak diri mengikut laluan yang dibenarkan. Sebelum itu peserta dikehendaki merancang strategi dan meletakkan target pergerakan mereka. Di setiap laluan itu terdapat halangan dan tugasan yang mereka perlu lakukan untuk meneruskan perjalanan. Catatan masa dan jumlah pergerakan diambil kira untuk menilai pemenang.

 

Gambar Aktiviti Disini

__________________________________________________________________________________________________________________________

TUTORIAL AND CHALLENGE CHESS

 

TARIKH

: 3 November 2018

MASA

: 3.00 petang - 5.00 petang

LOKASI

: Bilik Latihan PI Taman Kesedar Jaya

PESERTA

: 10 orang

KELAS

: Strategy Games Learning

 

Tujuan:

Aktiviti kali ini bertujuan mendedahkan kepada peserta permainan yang bertaraf antarabangsa. Sekaligus aktiviti ini bertujuan juga mempromosikan permainan catur kepada generasi muda selain dapat meningkatkan IQ dalam permainan. Selain itu, ianya bertujuan melatih peserta melakukan strategi yang betul dalam permainan ini.

Aktiviti:

Peserta akan diberikankan tunjuk ajar langkah asas permainan catur mengikut standard semasa pertandingan. Mereka diperkenalkan dengan panduan dan peraturan permainan yang perlu dipatuhi jika ingin bermain. Selain itu mereka akan diajar beberapa pilihan strategi yang boleh diguna pakai bagi melawan musuh. Yang terakhirnya peserta akan berlawan catur secara online menggunakan standard catur antarabangsa.

 

Gambar Aktiviti Disini

__________________________________________________________________________________________________________________________

KENALI MEDIA BARU

TARIKH

: 2 November 2018

MASA

: 3.00 petang - 5.00 petang

LOKASI

: Bilik Latihan PI Taman Kesedar Jaya

PESERTA

: 10 orang

KELAS

: Media Baru dan Fungsinya

 

Tujuan:

Kelas kali ini mengajar dan mendedahkan para peserta dengan dunia media baru yang meliputi penggunaan harian. Ianya bertujuan mengajar peserta membuka akaun media baru tersebut serta menggunakan media dengan berhemah dan selamat. Seterusnya memberikan gambaran fungsi yang pelbagai yang terdapat dalam media tersebut.

Aktiviti:

Peserta akan diberikan penerangan dan pendedahan dengan kewujudan yang begitu cepat dan meluas berkenaan media baru. Setiap peserta diminta untuk mendaftarkan akaun media tersebut dengan bimbingan peserta. Seterusnya mereka akan diajar tips dan penggunaan media baru yang lebih berhemah dan pengenalan fungsi baru bagi setiap media sosial tersebut.

 

Gambar Aktiviti Disini

__________________________________________________________________________________________________________________________