KUIZ ASAS MUZIK

TARIKH

: 2 November 2018

MASA

: 9.30 pagi - 11.30 pagi

LOKASI

: Bilik Latihan PI Taman Kesedar Jaya

PESERTA

: 10 orang

KELAS

: Kuiz Muzik

 

Tujuan:

Aktiviti kali ini bertujuan memberikan pendedahan asas muzik kepada peserta. Memandangkan muzik merupakan satu keperluan bagi golongan muda, menarik bagi peserta mendalami. Mereka cuba melakukan juga praktikal muzik yang diminta oleh soalan kuiz. Peserta juga belajar asas bunyian yang sinonim dengan muzik.

Aktiviti:

Peserta akan diberikan penerangan perjalanan aktiviti. Selepas itu sedikit perkongsian ilmu muzik dan perkembangan semasa muzik yang trendy di dunia. Seterusnya peserta akan menjalani sesi kuiz menggunakan aplikasi yang tersedia. Peserta perlu hayati setiap bunyi atau pun mengenali alat muzik yang di nyatakan.

 

Gambar Aktiviti Disini

__________________________________________________________________________________________________________________________

KDB BERSAMA SK SRI WANGI 2

 

TARIKH           : 7 NOVEMBER 2018

MASA              : 10.00 am - 1.00 pm

PESERTA        : 100 Orang

LOKASI           : Dewan Tengku Razaleigh, SK Sri Wangi 2, Gua Musang

KELAS            : Keselamatan Penggunaan Siber

  

Tujuan:

Program penerangan dan penjelasan kempen Klik Dengan Bijak (KDB) kali ini memberi focus kepada pelajar sekolah rendah. Hal ini kerana pelajar sekolah rendah antara pengguna Aplikasi yang terkini yang hadir di pasaran. Tujuan KDB adalah untuk melatih peserta untuk lebih berhemah dan memaksimumkan tahap keselamatan di dunia siber.

Aktiviti:

Peserta akan diperkenalkan dan diberi penerangan berkaitan isu dan perkembangan semasa dunia siber. Antara yang menjadi isu utama yang dibawa adalah berkaitan media sosial dan aplikasi sosial yang semakin meluas. Peserta juga dilatih dalam aktiviti berkumpulan untuk lebih memahami dan mengenali segala prinsip keselamatan di dunia siber.

 

Gambar Aktiviti Di Sini

__________________________________________________________________________________________________________________________

LATIHAN E-REZEKI OKT 2018

 

TARIKH           : 25 OKTOBER 2018

MASA              : 10.00 am Hingga 12.00 pm

PESERTA        : 29 Orang

LOKASI           : Pusat Internet Taman Kesedar Jaya

KELAS            : E-Rezeki (MDeC)

  

Tujuan:

Kelas ini bertujuan untuk memberikan penerangan dan mengajar peserta untuk mendaftakan diri dalam program E-Rezeki. Turut diberi taklimat tentang beberapa penyedia perkhidmatan dalam program ini bagi membantu menambah pendapatan sampingan.

Aktiviti:

Peserta akan diperkenalkan dan diberi taklimat asas berkenaan e-rezeki sebelum mula mendaftar. Seterusnya, proses pendaftaran dan pencarian kerja yang sesuai dan berpadanan dengan kemahiran dan kemampuan peserta. 

 

Gambar Aktiviti Disini

 

__________________________________________________________________________________________________________________________

KDB : ONLINE GROOMING

 

TARIKH           : 25 OKTOBER 2018

MASA              : 3.00 pm Hingga 5.00 pm

PESERTA        : 10 Orang

LOKASI           : Pusat Internet Taman Kesedar Jaya

KELAS            : Interaktif KDB

  

Tujuan:

Aktiviti ini untuk kali ini bertujuan mendidik peserta yang dari kalangan pelajar untuk lebih berhemah dan bertanggungjawab dalam menggunakan media sosial khususnya. Terlampau banyak perkara yang dikongsikan di media sosial yang negative dan tidak mendatangkan faedah.

Aktiviti:

Peserta akan diperkenalkan dan diberi taklimat asas berkenaan KDB. Klik dengan bijak diterapkan dalam permainan yang mendidik peserta untuk berhati-hati dengan setiap klik yang dilakukan dalam internet. Mereka dilatih untuk peka dan berhemah.

 

Gambar Aktiviti Disini

 

__________________________________________________________________________________________________________________________

DIY : BUKU NOTA MINI

 

TARIKH           : 20 OKTOBER 2018

MASA              : 4.00 pm Hingga 5.00 pm

PESERTA        : 10 Orang

LOKASI           : Pusat Internet Taman Kesedar Jaya

KELAS            : DIY Seni

  

Tujuan:

Aktiviti kali ini bertujuan melatih daya kreativiti peserta dalam membuat asas kraftangan. Peserta dibekalkan bahan dan tutorial pembuatan melalui youtube. Mereka dibimbing dari setiap langkah demi langkah untuk menghasilkan buku nota mini yang menarik.

Aktiviti:

Para peserta dibekalkan dan diberikan bahan yang diperlukan untuk membuat buku nota mini. Seterusnya mereka diberi penerangan berkaitan aktiviti. Sebelum memulakan aktiviti mereka belajar dahulu tutorial pembuatan daripada youtube. Kemudian, mereka membuat kerja seni masing-masing dengan bimbingan petugas.

 

Gambar Aktiviti Disini

 

__________________________________________________________________________________________________________________________