TARIKH           : 3 SEPTEMBER 2018

MASA              : 4.00 pm Hingga 5.00 pm

PESERTA        : 19 Orang

LOKASI           : Pusat Internet Taman Kesedar Jaya

KELAS            : Promosi E-Rezeki

  

Tujuan:

Kelas kali ini bertujuan mempromosi dan memperkenalkan program E-Rezeki kepada komuniti. Pelbagai pendedahan dan kebaikan program ini disampaikan dengan penuh berhemah bagi menarik minat peserta untuk bersama sertai

Aktiviti:

Peserta diberi penerangan tentang program E-Rezeki, seterusnya diperkenalkan beberapa modul yang berkaitan. Peserta juga diberikan ruang untuk soal jawab bagi menerangkan kekeliruan peserta berkenaan program tersebut.

__________________________________________________________________________________________________________________________

TARIKH           : 3 SEPTEMBER 2018

MASA              : 2.00 pm Hingga 4.00 pm

PESERTA        : 19 Orang

LOKASI           : Pusat Internet Taman Kesedar Jaya

KELAS            : Pengurusan Rekod dan Data

  

Tujuan:

Kelas ini bertujuan untuk melatih peserta yang terdiri daripada Jabatan Perpaduan negara, bagi memasukkan rekod dan data yang berkaitan ke dalam server dan pengkalan data yang disediakan kementerian yang berkaitan.

Aktiviti:

Peserta akan diajar cara step by step menggunakan pengkalan data yang disediakan. Ianya sedikit rumit kerana turut melibatkan sesi penilaian sebelum setiap peserta dapat mengisi maklumat yang diperlukan.

__________________________________________________________________________________________________________________________

TARIKH           : 30 OGOS 2018

MASA              : 3.00 pm Hingga 5.00 pm

PESERTA        : 7 Orang

LOKASI           : PI1M Kesedar Jaya

KELAS            : MS Office Power Point 

  

Tujuan:

Kelas bimbingan ini untuk memberikan tunjuk ajar khusus kepada peserta dalam proses menyediakan bahan bagi pembentangan kerja khusus PT3 yang sedang mereka hadapi pada tahun ini.

Aktiviti:

Kelas ini dijalankan dengan memberikan beberapa pilihan tools untuk pembentangan yang sesuai dengan peserta. Untuk permulaan MS Power Point digunakan bagi memahami konsep pembentangan.

__________________________________________________________________________________________________________________________

TARIKH           : 3 SEPTEMBER 2018

MASA              : 10.00 am Hingga 12.00 pm

PESERTA        : 8 Orang

LOKASI           : Pusat Internet Taman Kesedar Jaya

KELAS            : Kelas Asas E-Rezeki

  

Tujuan:

Kelas ini bertujuan untuk memberikan penerangan dan mengajar peserta untuk mendaftakan diri dalam program E-Rezeki. Turut diberi taklimat tentang beberapa penyedia perkhidmatan dalam program ini bagi membantu menambah pendapatan sampingan.

Aktiviti:

Peserta akan diperkenalkan dan diberi taklimat asas berkenaan e-rezeki sebelum mula mendaftar. Seterusnya, proses pendaftaran dan pencarian kerja yang sesuai dan berpadanan dengan kemahiran dan kemampuan peserta.

__________________________________________________________________________________________________________________________

TARIKH           : 25 OGOS 2018

MASA              : 3.00 pm Hingga 5.00 pm

PESERTA        : 5 Orang

LOKASI           : PI1M Kesedar Jaya

KELAS            : E-Learning 

  

Tujuan:

Aktiviti menyusun puzzle sempena kemerdekaan negara kali 61 ini, bertujuan untuk menyemai dan memupuk rasa cinta peserta terhadap negara dan juga kepada bendera negara yang bakal dikibarkan dalam hati masing-masing.

Aktiviti:

Aktiviti ini dijalankan dengan meminta peserta untuk menyusun puzzle dan menyatakan tujuan dan maksud disebalkik setiap elemen yang aa dalam puzzle yang diberikan itu. Mereka turut diterangkan beberapa perkara yang berkaitan sejarah negara.

__________________________________________________________________________________________________________________________