TARIKH : 19 OGOS 2018
MASA : 2.30 pm Hingga 5.30 pm
PESERTA : 7 Orang
LOKASI : PI1M Kesedar Jaya
KELAS : Adobe Photoshop
Tujuan:
Kelas bimbingan ini untuk memberikan latihan dan menambahkan lagi pengetahuan peserta dalam menggunakan perisian adobe ini. Pelbagai kaedah dan tool baru yang diperkenalkan kepada setiap peserta.
Aktiviti:
Aktiviti ini dijalankan dengan meminta peserta membuat lakaran grafik yang diinginkan menggunakan kemahiran yang sedia ada. Seterusnya proses bimbingan untuk membetulkan dan mereka cipta idea tersebut kepada format grafik yang sesuai.
__________________________________________________________________________________________________________________________
TARIKH : 18 OGOS 2018
MASA : 10.00 am Hingga 12.00 pm
PESERTA : 10 Orang
LOKASI : PI1M Kesedar Jaya
KELAS : Aplikasi Pembelajaran
Tujuan:
Aktiviti ini bertujuan memberikan pendedahan kepada peserta mengenai sejarah dan maklumat-maklumat am berkenaan negara kita Malaysia. Pembelajaran melalui kuiz yang santai dan menghiburkan.
Aktiviti:
Peserta diminta menjawab persoalan kuiz menggunakan aplikasi quizziz yang mengandungi pelbagai jenis soalan dan peringkat yang berbeza-beza.
__________________________________________________________________________________________________________________________
TARIKH : 10 OGOS 2018
MASA : 2.00 pm Hingga 6.00 pm
PESERTA : 150 Orang
LOKASI : Pusat Internet Taman Kesedar Jaya
KELAS : Hari Terbuka Bersama Komuniti
Tujuan:
Hari Bersama Komuniti menggabungkan pelbagai segmen aktiviti dengan tujuan mempromosikan dan memberikan pengetahuan kepada komuniti berkaitan dunia siber dan ICT. Selain itu ianya menjadi pusat sehenti untuk komuniti bersilaturrahim dan beriadah bersama jiran tetangga.
Aktiviti:
Pelbagai kelas dan aktiviti diadakan. Pelbagai kategori seperti usahawan, suri rumah, remaja, pelajar sekolah dan lain-lain kategori. Antara aktivitinya ialah kelas keusahawanan, sukaneka, pertandingan mewarna dan lain-lain lagi yang berkaitan dunia ICT.
__________________________________________________________________________________________________________________________
TARIKH : 16 OGOS 2018
MASA : 3.00 pm Hingga 5.00 pm
PESERTA : 10 Orang
LOKASI : Pusat Internet Taman Kesedar Jaya
KELAS : Membuat Poskad Merdeka
Tujuan:
Aktiviti ini adalah bertujuan untuk mencungkil tahap kreativiti serta kemahiran yang ada pada peserta. Ianya sebagai langkah menambah kemahiran yang dimiliki mereka yang rata-ratanya dalam kalangan pelajar sekolah.
Aktiviti:
Aktiviti kali ini ialah mereka cipta poskad atau kad ucapan sempena sambutan kemerdekaan negara yang ke-61. Mereka menzahirkan aspirasi melalui kreativiti dan kebebasan mereka dalam mereka slogan dan logo yang berteraskan identiti negara.
__________________________________________________________________________________________________________________________
TARIKH : 3 OGOS 2018
MASA : 3.00 pm Hingga 5.00 pm
PESERTA : 10 Orang
LOKASI : Pusat Internet Taman Kesedar Jaya
KELAS : MS Office Excel
Tujuan:
Aktiviti ini bertujuan memberikan serta menyebar luaskan kempen penggunaan dunia siber yang lebih selamat dan berhemah. Untuk kali ini focus diberikan tentang keselamatan perkongsian maklumat di dunia siber. Pelbagai maklumat dan info yang patut dan tak patut dikongsikan.
Aktiviti:
Peserta akan diberikan taklimat ringkas berkaitan penggunaan dunia seiber yang sesuai mengikut peringkat umur mereka. Seterusnya mereka diberi pilihan video kempen untuk mereka terangkan apa yang cuba disampaikan oleh video tersebut.
__________________________________________________________________________________________________________________________