QUIZIZZ LEARN TIME
TARIKH : 6 OKTOBER 2018
MASA : 10.00 am Hingga 12.00 pm
PESERTA : 10 Orang
LOKASI : Pusat Internet Taman Kesedar Jaya
KELAS : E-Learning & Kuiz
Tujuan:
Kelas ini bertujuan untuk memberikan nilai pembelajaran secara interaktif antara peserta dengan subjek yang dipelajari di sekolah. Pelbagai campuran topik dan subjek dipilih untuk memberikan input kepada peserta.
Aktiviti:
Peserta akan disediakan beberapa koleksi soalan yang mencabar minda mereka untuk menjawab. Ianya berbentuk kuiz interaktif yang menghiburkan serta penuh dengan informasi. Mereka akan bersaing sesame sendiri untuk mengumpul markah tertinggi bagi dipilih pemenang.
__________________________________________________________________________________________________________________________
ASAS MICROSOFT OFFICE WORD
TARIKH : 5 OKTOBER 2018
MASA : 3.00 pm Hingga 5.00 pm
PESERTA : 10 Orang
LOKASI : Pusat Internet Taman Kesedar Jaya
KELAS : Asas Penulisan Surat Rasmi
Tujuan:
Kelas ini bertujuan untuk mengajar peserta dalam menggunakan MS Word untuk kegunaan seharian. Untuk kali ini ialah kelas penulisan surat rasmi. Format dan pengisian surat turut diajar kepada peserta untuk lebih formal.
Aktiviti:
Peserta akan diajar cara menggunakan asas tools dalam MS Office Word, sebelum memulakan penulisan surat rasmi. Seterusnya ialah proses merangka isi surat sebelum pergi kepada langkah penulisan surat rasmi yang betul mengikut formatnya.
__________________________________________________________________________________________________________________________
TARIKH : 21 SEPTEMBER 2018
MASA : 3.00 pm Hingga 5.00 pm
PESERTA : 10 Orang
LOKASI : Pusat Internet Taman Kesedar Jaya
KELAS : E-Learning & Kuiz
Tujuan:
Aktiviti ini bertujuan untuk melatih dan memberikan ruang peserta membuat ulangkaji matapelajaran sains untuk UPSR. Pelbagai tajuk dijadikan kuiz untuk lebih santai dan mendapat input kepada setiap peserta.
Aktiviti:
Aktiviti dijalankan dengan mengenal pasti tajuk dan perkara yang berkaitan sains yang sukar bagi peserta. Seterusnya sedikit info dan input dicari bersama sebelum ianya dijadikan kuiz melalui aplikasi.
__________________________________________________________________________________________________________________________
MEREKA CIPTA POSTER
TARIKH : 4 OKTOBER 2018
MASA : 3.00 pm Hingga 5.00 pm
PESERTA : 8 Orang
LOKASI : Pusat Internet Taman Kesedar Jaya
KELAS : Asas Multimedia & Grafik
Tujuan:
Kelas ini bertujuan untuk memberikan pengetahuan baru kepada peserta berkenaan ilmu grafik. Fokus kali ini adalah berkenaan langkah untuk mereka cipta poster yang menarik. Poster mestilah bersesuaian dengan objektif yang hendak kita sampaikan kepada pembacanya.
Aktiviti:
Peserta akan diperkenalkan dan diberi pilihan beberapa alternatif da tools yang boleh diguna untuk pembuatan poster. Tetapi sebagai permulaan lebih baik mereka menggunakan platform yang senang dan ringkas seperti Canva.com.
__________________________________________________________________________________________________________________________
TARIKH : 20 SEPTEMBER 2018
MASA : 3.00 pm Hingga 5.00 pm
PESERTA : 10 Orang
LOKASI : Pusat Internet Taman Kesedar Jaya
KELAS : MS Office Power Point
Tujuan:
Kelas bimbingan ini untuk memberikan tunjuk ajar khusus kepada peserta dalam proses menyediakan dan memasukan bahan ke dalam MS Power Point untuk sesi pembentangan dan pembelajaran.
Aktiviti:
Kelas ini dijalankan dengan memberikan beberapa pilihan tools untuk pembentangan yang sesuai dengan peserta. Untuk permulaan MS Power Point digunakan bagi memahami konsep pembentangan serta menjadikan maklumat yang nak disampaikan menarik
__________________________________________________________________________________________________________________________