TARIKH           : 6 JULAI 2018

MASA              : 3.00 pm Hingga 5.00 pm

PESERTA        : 10 Orang

LOKASI           : PI1M Kesedar Jaya

KELAS            : MS Office Excel 

  

Tujuan:

Aktiviti ini bertujuan mengajar dan memberi pendedahan kepada peserta untuk mengenali serta memahami tools dan fungsi-fungsi yang ada dalam MS Excel.

Aktiviti:

Peserta akan diberikan maklumat berjadual untuk mereka pindahkan ke dalam excel melalui bimbingan petugas. Mereka turut didedahkan penggunaan shortcut kepada papan kekunci komputer.

__________________________________________________________________________________________________________________________

TARIKH           : 5 JULAI 2018

MASA              : 3.00 pm Hingga 5.00 pm

PESERTA        : 10 Orang

LOKASI           : PI1M Kesedar Jaya

KELAS            : Teknik Menaip 

  

Tujuan:

Aktiviti ini bertujuan mengajar dan melatih peserta untuk menaip serta mahir menggunakan Microsoft Office lain bagi menaip dengan pantas.

Aktiviti:

Peserta akan diberikan beberapa teks untuk ditaip serta direkodkan masa yang diambil untuk siapkan sesuatu teks. Peserta juga diuji menggunakan website typing challenge bersesuaian dengan cabaran yang disediakan dalam laman tersebut.

__________________________________________________________________________________________________________________________

TARIKH           : 20 JUN 2018

MASA              : 2.30 pm Hingga 3.30 pm

PESERTA        : 10 Orang

LOKASI           : PI1M Kesedar Jaya

KELAS            : Permainan Pendidikan 

  

Tujuan:

Aktiviti ini adalah bertujuan melatih mengisi kelapangan waktu selepas hari raya bagi peserta yang terdiri daripada sekolah rendah.

Aktiviti:

Aktiviti ini dijalankan dengan menggabungkan beberapa jenis aktiviti seperti kuiz,puzzle dan soal jawab dengan pelbagai tema yang bersesuaian.

__________________________________________________________________________________________________________________________

TARIKH           : 23 JUN 2018

MASA              : 10.00 am Hingga 12.00 pm

PESERTA        : 10 Orang

LOKASI           : PI1M Kesedar Jaya

KELAS            : MS Publisher 

  

Tujuan:

Aktiviti ini adalah bertujuan melatih peserta untuk bersifat lebih kreatif serta menghargai bapa mereka sempena Sambutan Hari Bapa dengan membuat kad ucapan yang baik.

Aktiviti:

Aktiviti ini dijalankan dengan menggabungkan beberapa elemen seperti kreativiti iaitu peserta perlu mencari idea sendiri serta kasih sayang iaitu menyampaikan ucapan kepada bapa mereka.

__________________________________________________________________________________________________________________________

TARIKH           : 11 JUN 2018

MASA              : 10.00 am Hingga 1.00 pm

PESERTA        : 10 Orang

LOKASI           : PI1M Kesedar Jaya

KELAS            : Membuat Video 

  

Tujuan:

Aktiviti ini adalah bertujuan melatih kreativiti peserta dalam menzahirkan ucapan hari raya dalam bentuk video. Pelbagai elemen dapat digunakan melalui aplikasi pembikinan video ini.

Aktiviti:

Aktiviti ini dijalankan dengan memilih tema persembahan video. Ucapan dan teks dipilih untuk dimasukan dalam video bersesuaian dengan tema hari raya.

__________________________________________________________________________________________________________________________