MS WORD : MEMBUAT JADUAL SEKOLAH
TARIKH |
: 10 Januari 2019 |
MASA |
: 3.00 petang – 5.00 petang |
LOKASI |
: Bilik Latihan PI Taman Kesedar Jaya |
PESERTA |
: 6 orang |
KELAS |
: Membuat Jadual |
Tujuan:
Kelas kali ini bertujuan mengajar para peserta menghasilkan jadual belajar dan juga jadual pesekolahan yang menarik. Selain itu mengajar peserta lebih mahir menggunakan MS Office.
Aktiviti:
Peserta akan membawa jadual pesekolahan masing-masing. Mereka diberikan penerangan ringkas tentang kepentingan jadual dalam urusan seharian. Seterusnya adalah proses menghasilkan jadual sendiri yang lebih menarik,cantik dan sesuai digunakan di sekolah.
__________________________________________________________________________________________________________________________
TAKLIMAT PENCEGAHAN DENGGI & GOTONG ROYONG
TARIKH |
: 5 Januari 2019 |
MASA |
: 9.30 pagi - 12.00 tgh hari |
LOKASI |
: Sekitar Taman Kesedar Jaya |
PESERTA |
: 40 orang |
KELAS |
: MyKomuniti & Gotong Royong |
Tujuan:
Aktiviti kali ini adalah bertujuan memberikan kesedaran tentang bahaya denggi serta bergotong royong membersihkan kawasan perumahan dan premis sekitar Taman Kesedar Jaya & Taman Damar.
Aktiviti:
Peserta dan Komuniti diberikan taklimat pencegahan denggi oleh pegawai kesihatan daerah. Pelbagai demonstrasi ringkas dijalankan untuk mendidik komuniti. Seterusnya, pengagihan plastic sampah untuk memulakan aktiviti bergotong-royong membersihkan semua kawasan yang ada dalam Taman Kesedar Jaya dan Taman Damar.
__________________________________________________________________________________________________________________________
MS WORD : WISHLIST 2019
TARIKH |
: 3 Januari 2019 |
MASA |
: 3.00 petang - 5.00 petang |
LOKASI |
: Bilik Latihan PI Taman Kesedar Jaya |
PESERTA |
: 7 orang |
KELAS |
: Azam dan Harapan Tahun Baru |
Tujuan:
Aktiviti kali ini bertujuan memberikan ruang kepada peserta untuk menulis dan menjadikan azam dan harapan tahun baru mereka sebagai yang realistik. Mereka turut diberi masa untuk menceritakan aam tersebut secara menyeluruh supaya mereka betul-betul faham terhadap azam mereka.
Aktiviti:
Peserta akan diberikan masa untuk berceritakan tentang pencapaian mereka pada tahun 2018 mengikut definisi masing-masing. Seterusnya mereka turut menceritakan azam dan keinginan mereka di tahun baru ini sebelum azam mereka di tulis di dalam MS Word. Mereka akan diberikan Salinan azam tersebut untuk diletakkan di ruangan rumah sebagai motivasi mereka.
__________________________________________________________________________________________________________________________
KAHOOT : MOTIVATION BACK TO SCHOOL
TARIKH |
: 4 Januari 2019 |
MASA |
: 3.00 petang - 5.00 petang |
LOKASI |
: Bilik Latihan PI Taman Kesedar Jaya |
PESERTA |
: 10 orang |
KELAS |
: E-Learning |
Tujuan:
Kelas kali ini bertujuan memupuk kembali semangat untuk kembali ke sekolah di kalangan pelajar sekolah khususnya sekolah rendah. Ini sebagai langkah menaikkan mood belajar mereka.
Aktiviti:
Peserta akan dibekalkan kad untuk menulis target mereka dalam sesi persekolahan ini. Seterusnya menggunakan apps kahoot mereka menjawab soalan yang berkaitan persekolahan. Antaranya berkaitan adab dan peraturan yang berkaitan.
__________________________________________________________________________________________________________________________
REKA POSTER TAHUN BARU
TARIKH |
: 24 Disember 2018 |
MASA |
: 10.00 pagi - 12.00 tengahari |
LOKASI |
: Bilik Latihan PI Taman Kesedar Jaya |
PESERTA |
: 10 orang |
KELAS |
: Grafik dan Poster |
Tujuan:
Tujuan aktiviti kali ini adalah untuk memberikan pendedahan dan ilmu penggunaan adobe photoshop bagi mereka poster. Tema kali ini ini bertemakan Tahun Baru dan Krismas. Mereka diberikan idea awal untuk mereka poster tersebut. Selain itu turut diperkenalkan beberapa website untuk membuat poster secara online.
Aktiviti:
Peserta akan diberikan beberapa idea awal dan perkongsian berkaitan grafik dan poster. Seterusnya mereka didedahkan dahulu dengan beberapa platform untuk mereka grafik. Selain itu peserta turut diajar menggunakan perisian adobe photoshop untuk meningkatkan lagi skill yang sedia ada mereka miliki.
__________________________________________________________________________________________________________________________