USAHAWAN & KONSULTAN KECANTIKAN (MARY KAY)

Nama

: Nor Afida Edyati Bt Ramly

Umur

: 33 Tahun

Ahli

: Mac 2019

Latar belakang

Puan Afida atau dikenali sebagai Kak Da dalam kalangan rakan niaga, merupakan salah seorang pengguna tegar bagi produk kecantikan MaryKay bermula pada 2015 semasa masih bekerja. Selepas meyakini rangkaian produk tersebut yang mampu membantu beliau dan ramai wanita lain dalam aspek kecantikan. 2 tahun berikutnya dengan kepesatan perniagaan atas talian, beliau seterusnya, bertindak mendaftar diri sebagai dropship dibawah seorang agen yang terus membimbing beliau. Beliau mula menjana pendapatan daripada situ dan terus melangkah dengan MaryKay. Beliau terus mengumpul modal bagi mendaftarkan diri sebagai agen pula.dan terus istiqamah dengannya. Bermula tahun 2018, Kak Da telah mendaftar sebagai ahli Pi, dan dari situ beliau terus belajar bersama PI berkaitan perniagaan terutamanya online platform. Dengan ilmu yang beliau dapat kini, Puan Afida terus melonjak sebagai Stokis atau “Beauty Consultant” yang bertauliah bersama MaryKay.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Sebelum memaksimumkan penggunaaan ICT khidmat beliau tidak begitu meluas dan hanya sekitar rakan terdekat sahaja. Jualan untuk produk rangkaian MaryKay juga hanya sekitar RM 500 – RM 1500 sebulan sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Selepas menjadi Ahli PI, dan mengikuti beberapa kelas keusahawanan Puan Afida terus meningkat naik dari segi keyakinan dan jumlah jualan yang berjaya beliau lakukan. Anggaran jualannya RM 3000 – RM 4500 sebulan.

___________________________________________________________________________________

MEMPELAJARI ASAS ICT, E-LEARNING & ULANGKAJI PELAJARAN.

Nama

: Noor Qayyimah Bt Bustaman

Umur

: 12 tahun

Ahli

: Jan 2018

Latar belakang

Qayyim merupakan pelajar tahun 6  dan beliau sangat menunjukkan minat mendalam dalam mempelajari bidang ICT. Beliau banyak menyertai setiap aktiviti bulanan yang di anjurkan oleh petugas Pusat Internet Taman KesedarJaya

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Sebelum menjadikan Pusat Internet sebagi pusat rujukan, beliau tidak mengenali dengan banyak sumber rujukan yang ada di alam maya. Selain itu, tiada juga ilmu tambahan berkaitan penggunaan tools lain dalam dunia ICT yang beliau tahu.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Banyak manfaat yang Qayyim dapat selepas mendaftar dan terlibat dengan aktiviti di Pusat Internet. Beliau lebih mahir menggunakan peralatan yang tersedia dan lebih terbuka pengetahuan tentang ICT. Beliau juga seronok dalam melakukan ulangkaji secara online.

Apa yang dipelajari melalui PI

  • Mempelajari asas komputer seperti Microsoft word, Microsoft powerpoint dan Microsoft excel.

Mempelajari e-pembelajaran di dalam web internet

Bagaimana PI  membantu perkembangan peningkatan tahap kemahiran ICT

PI membantu mempelajari asas komputer seperti Microsoft Office

Memberi kelas pelbagai berkaitan seperti KDB dan Grafik serta pembelajaran yang interaktif.

 

___________________________________________________________________________________

USAHAWAN MAKANAN TAMBAHAN (LOVLIN BIRD NEST)

Nama

: Nur Ezzati Binti Mohd Mazlan

Umur

: 25 Tahun

Ahli

: Mac 2018

Latar belakang

Cik Ezzati telah menjadi usahawan lebih awal lebih kurang 2 tahun yang lalu dengan menjual beberapa kelengkapan kosmetik daripada pelbagai jenama yang tersohor. Beliau yang bertugas di Lembaga Getah Malaysia (LGM) telah mendaftar sebagai ahli PI pada Mac 2018 semasa menghadiri kursus keusahawanan yang dianjurkan di PI Taman Kesedar Jaya. Pada suku terakhir beliau memberanikan diri menjadi usahawan kepada produk kesihatan yang berteraskan sarang burung. Produk tersebut diberi nama “Lovlin Bird Nest”. Bermula dari situlah beliau terus mendapatkan bimbingan nasihat dari PI untuk memaksimumkan penggunaan ICT bagi mengembangkan perniagaan beliau.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Sebelum memaksimumkan penggunaaan ICT beliau hanya menjalankan jualan kepada kawan dan keluarga terdekat tanpa sebarang rangkaian. Pemasarannya juga amat terhad di sekekliling beliau sahaja. Anggaran pendapatan perniagaan bawah RM 1000.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Selepas menjadi Ahli PI, Cik Ezzati telah dapat mengikuti beberapa kelas usahawan dan bimbingan berkaitan perniagaan terutamanya berkaitan pemasran menggunakan medium atas talian. Beliau terusa mengorak langkah dengan menambah pendapatan dan membina rangkaian agen dibawahnya. Pendapatan terus dijana sehingga RM 4000 – RM 5000 sebulan.

___________________________________________________________________________________

USAHAWAN BARANGAN SECARA KUTU

Nama

: Tuan Nor Safra

Umur

: 22 Tahun

Ahli

: Feb 2018

Latar belakang

Pn Safra merupakan seorang ibu anak tiga dan menjadi suri rumah sepenuh masa selepas berkahwin dan melahirkan anak sulung. Ketika mempunyai seorang anak, beliau mula berjinak-jinak berniaga laksa penang di sekitar gua musan sambal membantu suami nya mencari sumber pendapatan untuk keluarga kecil beliau Minat berniaga ini telah disemai semenjak beliau kecil lagi kerana ibu beliau mempunyai gerai makan dan beliau selalu menolong ibunya menyediakan juadah untuk pelanggan di gerai makan ibunya itu. Kini beliau mula menjadi salah seorang mak KUTU di Gua Musang dengan visi untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan memiliko barangan idaman secara  secara bayaran ansuran (KUTU)

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM500 sahaja sebulan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Taman KesedarJaya, beliau kini telah memiliki facebook sendiri yang dapat mempromosikan barangan jualan KUTU, dan kosmetik lain-lain beliau. Pelanggan beliau dari seluruh Negeri yang mana mereka mengetahui produk jualau beliau melalui facebook serta Instagram tersebut. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM1000 – RM5000.

___________________________________________________________________________________

USAHAWAN PAKAIAN (Peace Collection)

Nama

: Wan Norhaslina

Umur

: 35 Tahun

Ahli

: Jan 2019

Latar belakang

Kak Lina merupakan salah seorang pekerja di bawah syarikat Peace Collection Sdn Bhd yang merupakan salah sebuah syarikat pakaian wanita yang menjual perlbagai saiz dari xs – xxxxxl. Kini pihak syarikat telah memberi kepercayaan untuk beliau mengurus sendiri butik berkenaan tapi masih menggunakan label dan jenama Peace.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM2500 sahaja sebulan dan pemasaran tidak menyeluruh untuk semua kawasan di daerah ini.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Melalui kelas latihan keusahawanan dan cara "online marketing" yang dibimbing oleh Pusat Internet Taman KesedarJaya, beliau kini telah memiliki facebook perniagaan sendiri serta bebrapa medium pemasaran atas talian yang dapat mempromosikan produk jualan beliau.

___________________________________________________________________________________