USAHAWAN - NUR SYAKILA

Nama

: Nur Syakila Binti Abdullah

Umur

: 31 Tahun

Ahli

: 2020

Latar belakang

Pn Syakila merupakan salah seorang peniaga produk kecantikan dan kosmetik yang tidak asing dalam kalangan peniaga di sekitar Gua Musang. Beliau mula aktif dalam servis Home Spa selepas mendapat pendidikan dan pembelajaran melalui Sijil Kemahiran Malaysia dalam bidang Juru Terapi Spa dan seangkatannya.

Bermula dari detik itu beliau telah mengembangkan kemahirannya dengan bekerja di Sebuah Spa di Gua Musang dan seterusnya mengusahakan sendiri dengan membuat Home Spa. Selain itu, beliau turut menjual pelbagai pilihan kosmetik dan peralatan berkaitan kecantikan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Sebelum mendapatkan bimbingan dan perkongsian daripada Pusat Internet, servis dan produk  beliau tidak mendapat sambutan yang menggalakkan. Anggaran pendapatan bulanan sekitar RM 1000- RM 1500 sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Selepas bersama dengan Pusat Internet dan menyertai beberapa siri bimbingan pemasaran dan jualan beliau dapat meningkatkan jualan dan pendapatannya sekitar RM 2000 – RM 2500 sebulan.

___________________________________________________________________________________

USAHAWAN - CHE MOHD KHAIRI

Nama

: Che mohd Khairi

Umur

: 36 Tahun

Ahli

: 2020

Latar belakang

En Khairi serta isteri banyak mengiklan kan kenderaan jualan nya di laman web mudah.my selain daripada beberapa kenalan rapat yang dating ke bengkel sendiri untuk melihat kenderaan yang diiklan kan bagi tujuan penjualan

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Sebelum mendapatkan pengetahuan berkaitan penggunaan ICT dan keusahawanan En Khairi hanya mendapat pendapatan sekitar RM 1000 – RM 2000 sebulan. Ianya tanpa pemasaran yang serius melalui platform media sosial. Hanya sekadar dikalangan kenalan dan keluarga.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Selepas  mendaftar sebagai ahli dan berdasarkan pengalaman bersama rakan komuniti yang lain, En Khairi bertambah yakin menggunakan media sosial dan juga medium pemasaran lain bagi mengembangkan lagi potensi perniagaan yang beliau jalankan. Beliau kini mendapat pendapatan purata RM 5000 – RM 8000/sebulan

 

___________________________________________________________________________________

CELIK IT - MUHAMMAD LUKMAN BIN ZULKIPLI

Nama

: Muhammad Lukman Bin Zulkipli

Umur

: 19 tahun

Ahli

: 2018

 

Latar belakang

Lukman merupakan seorang komuniti tempatan yang menjadi ahli Pusat Internet bermula April 2018. Peringkat awal, ketika beliau masih lagi di sekolah menengah Lukman sudah aktif bersama Pusat Internet. Beliau selalu bersama dengan Pusat Internet untuk mendapatkan bimbingan dan tunnjuk ajar untuk menyiapkan tugasan di sekolah. Kini, beliau merupakan mahasiswa Politeknik dan masih bersama Pusat Internet bagi menggunakan perkhidmatan yang disediakan. Selain itu, Lukman sangat aktif bersama Pusat Interent termasuk menjadi sukarelawan serta penglibatan dalam penganjuran aktiviti di Pusat Internet.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Sebelum menjadikan Pusat Internet sebagi pusat rujukan, Lukman banyak membuat ulangkaji dan pembelajaran bersama rakan-rakan sahaja. Ekoran pandemik COVID19 beliau mula menggunakan Pusat Internet disebabkan pembelajaran yang banyak dilakukan atas talian.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Banyak manfaat yang Lukman dapat selepas mendaftar dan menggunakan perkhidmatan Pusat Internet. Beliau dapat juga bersama menjadi Krew Pusat Internet dalam enganjuran pelbagai aktiviti dan program. Selain itu Pusat Internet membantu beliau dalam menyiapkan tugasan kerja sekolah mahupun tugasan semasa di IPT.

Apa yang dipelajari melalui PI

  • Mempelajari asas komputer seperti Microsoft word, Microsoft powerpoint dan Microsoft excel.
    • Mempelajari cara-cara untuk membuat tugasan dan memasukkan maklumat dengan betul

Mempelajari e-pembelajaran di dalam web internet

Bagaimana PI  membantu perkembangan peningkatan tahap kemahiran ICT

PI membantu mempelajari asas komputer seperti Microsoft Office

Memberi kelas tambahan dan tunjuk ajar dengan baik

  • Saya boleh mengambil dan mendapatkan sijil asas komputer di PI

___________________________________________________________________________________

USAHAWAN - ALIAS BIN MUHAMMAD

Nama

: Alias Bin Muhammad

Umur

: 47 Tahun

Ahli

: 2017

Latar belakang

En Alias sudah begitu berpengalaman dalam bidang pertanian ekoran tugasan sebagai seorang pegawai di Jabatan Pertanian. Namun ianya bukan halangan untuk beliau mencuba perniagaan dengan berbekalkan kemahiran dan pengetahuannya.

Beliau pada awalnya tidak fokus untuk memasarkan produk keluarannya. Tetapi dengan bantuan dan rujukan Pusat Internet beliau mula Nampak akan potensi produknya, dan mula memasarkan menggunakan platform yang ada.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Sebelum mendapatkan bimbingan dan pengetahuan dalam menggunakan pemasaran yang pelbagai, En Alias hanya menjual kepada orang sekelilingnya sahaja. Pendapatan jualannya sekitar RM 500 – RM 800 sebulan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Selepas  bersama dengan Pusat Internet dan menyertai beberapa siri bimbingan pemasaran En Alias mula mempelbagaikan medium pemasaran produk nya. Beliau mengalami peningkatan hasil jualan kepada RM 1000 – RM 1500 sebulan.

 

___________________________________________________________________________________

USAHAWAN SURIYANI BINTI ISA

Nama

: Suriyani Binti Isa

Umur

: 44 Tahun

Ahli

: 2018

Latar belakang

Pn Suriyani banyak melakukan promosi tentang aktiviti perniagaan nya itu melalui penggunaan whatsapp serta testimony dari pembelian pelanggan nya sebelum ini.

Peringkat awalnya beliau sangat teruja bila bersama dengan komuniti setempat yang mengikuti beberapa siri kelas asas ICT dan Keusahawanan di PI Taman Kesedar Jaya. Beliau mula menjalankan perniagaan secra digital sekitar Tahun 2019.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Sebelum mendapatkan pengetahuan berkaitan penggunaan ICT dan keusahawanan Pn Suriyani hanya mendapat pendapatan sekitar RM 100 – RM 300 sebulan. Ianya tanpa pemasaran yang serius melalui platform media sosial. Hanya sekadar dikalangan kenalan dan keluarga.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Selepas  mendafatar sebagai ahli dan berdasarkan pengalaman bersama rakan komuniti yang lain, Pn Suriyani bertambah yakin menggunakan media sosial dan juga medium pemasaran lain bagi mengembangkan lagi potensi perniagaan yang beliau jalankan. Beliau kini mendapat pendapatan purata RM 500 – RM 1000.

___________________________________________________________________________________